Saturday, July 25, 2009


ORG KAGAYAN MIX WITH ORG SUNGAI

MIX WITH


Jul Eita



2 B come 1.. montun on 17.03.2006..


hasil kasih dan sayang..
lahir pada 09.12.2007..


Muhammad Danish Haiqal Bin Julpaidal..














Kenali Orang Sungai..


Orang Sungai merupakan salah satu suku kaum Pribumi minoriti di Sabah. Kaum ini sangat popular di kawasan Kinabatangan Sandakan, kawasan Kudat dan Pitas, Kota Marudu Sabah. kaum ini sebenarnya dikategorikan sebagai "PAITANIC" terdiri daripada dua suku kaum utama iaitu Sungai dan Tombunuo. Walaubagaimanapun ada jua kaum sungai yang di namai mengikut tempat asal mereka seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Sandakan, Sungai Beluran dan lain-lain. Tapi apa yang penting mereka memang satu suku iaitu Suku Kaum sungai. Kenapa ia dikategorikan sebagai PAITANIC? kerana mengikut kajian suku kaum ini lebih ramai dikenali di kawasan Paitan. jadi suku kaum yang mempunyai dialek bahasa yang sama atau hampir sama serta kepercayaan dan sosiobudayanya juga sama maka dia di golong dalam kategori PAITANIC.
Namun begitu, suku ini juga sangat istimewa kerana menurut sejarahnya ia berasal dari Mogul. Oleh kerana itu, dari segi kulit dan saiz fizikal kita dikategorikan sebagai Mongalian, mcm tulah lebih kurang. yang aku ingat aku blajar dulu..hehehe. Apa-apa pun suku kaum ini nampak low profile tapi tidak pernah ketinggalan dengan peredaran zaman sekali pun berada di kawasan pendalaman.. rasanya itu saja yang boleh aku tulis tentang suku kaum aku ni. aku pun tidak lah fasih sangat bertutur bahasa sungai masih kurang vocubulary lagi. tapi aku bangga jadi ORANG SUNGAI!!

KAMUS BAHASA SUNGAI:

Cantik - oparu
makan - mokan
budak2- lolaing
minum - monginum
jangan - adang
lelaki - kusoi
perempuan - woinoi
tidur - muturuw
mandi- bodiyu
main - mulilang
nakal - ohjajal
kucing - miyung
beras - wogas
jalan - mempanau
mak - ama
bapa - apa
nenek - odu